Tuesday, June 2, 2009

Najib, Muhyiddin Buta Matematik


Berkata PM 1 Malaysia bahawa PKR mendapat undi majoriti merosot kira-kira 1300 undi. Apakah PM 1 Malaysia sudah tidak tahu mengira akan angka-angka yang melebihi seribu? Adakah dulu dia tidak belajar sampai angka sebesar itu? Tetapi kenapa angka komisyen dapat dikira dengan baik sekali sehingga mencecah angka RM513 juta?

Kata PM 1 Malaysia bahawa kemenangan PKR bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Cuba tanya PM 1 Malaysia, kemenagan yang boleh dibanggakan macam mana? Adakah tunggu BN pupus dalam politik tanah air?

Alasan diberikan kerana BN tidak ada kena mengena dengan peruntukkan perlembagaan dan ini adalah permainan politik pembangkang. Jadi kalau betul-betul BN adalah yang paling hebat, mengapa tidak bertanding sahaja DUN Penanti? Kerja BN hanyalah buat kacau dan provokasi tetapi pengecut berada di medan rakyat.

Berkata Timbalan PM 1 Malaysia kepada media peratusan undi yang merosot itu adalah bukti jelas bahawa rakyat telah mula bosan dengan dakyah PKR selain boleh ditafsirkan sebagai tanda protes pengundi yang sudah jelak dengan permainan politik pembangkang. Kita tanya abang din, kalau protes kenapa undi majoriti sampai angka 5558. Tidakkah besar angka tu? Macam man abang din mengira tu? Dulu gagal matematik ke?

Katanya lagi rakyat secara tidak langsung telah menyuarakan isi hati mereka terhadap pilihan raya kecil berkenaan yang hanya membuang masa dan membazirkan wang. Kita tanya abang din lagi, kalau membuang masa dan membazirkan wang kenapa UMNO/BN pergi berkempen kat Penanti? Pelik betul mereka berfikir. Cakap macam talam dua muka.

"Peratusan 46 peratus tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah pilihan raya. Ini bukti bahawa pengundi di Penanti memang bosan dengan apa yang dilakukan oleh PKR," katanya. Kita tanya dia lagi, dulu undi sekitar 70 peratus. Jadi bezanya hanya 24 peratus yang tidak keluar mengundi. Kalau keluar pun belum tentu BN boleh menang.

Alasanya lagi sebab tiada calon BN yang tidak bertanding. Siapa suruh tidak letak calon? Lepas itu mahu buat andaian yang bodoh dan tidak masuk akal. Masih lagi kata BN boleh menang. Boleh menang ikut celah mana kalau tidak bertanding. Ayat yang paling bodoh dan dangkal bagi BN.

(Artikel sumbangan: http://kijang59.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment