Kalau sudah tidak diiktiraf itu tandanya Khairy hanya pelengkap dalam Pemuda sahaja. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin tak iktiraf Khairy pemimpin BN? Apa akan jadi kepada budak hingusan itu?
Pendirian BN Tak Tetap
BN mengambil pendirian memboikot pilihan raya kecil tersebut. Alasan diberikan adalah pelbagai, dari dalih ekonomi, kemasyarakatan hinggalah kepada hujah politik. Sementara pelbagai pihak mempertikaikan segala hujah dan dalih BN itu, pendiriannya untuk tidak bertanding tetap dihormati.
Masalah timbul apabila BN bukan sekadar tidak ikut bertanding. Ia menggunakan segala ruang dan peluang dimilikinya untuk memberikan gambaran sangat negatif terhadap pilihan raya kecil di Penanti. Seluruh saluran media dan alat propaganda BN dimanipulasi secukupnya bagi mewajarkan tindakan BN memulaukan pilihan raya berkenaan.
Persepsi umum cuba dibentuk bahawa ia suatu pembaziran masa, tenaga dan wang rakyat. Malah ia turut digambarkan sebagai suatu mainan politik pembangkang yang memuakkan rakyat.
Sebab itu sejak awal pilihan raya tersebut bermula sudah ada pemerhati dan penganalisis politik meramalkan peratusan keluar mengundi yang rendah. Kebanyakan mereka mengaitkannya dengan sentimen kepartian yang dimiliki para pengundi BN.
Apa pun sikap dan pendirian diambil para pengundi terbabit, ia adalah hak peribadi mereka yang perlu dihormati. Bagaimana pun, apabila ia dikaitkan dengan gesaan dan nasihat berterusan para pemimpin BN agar pemulauan parti itu membuahkan kejayaan, maka tidak dapat tidak perlu diakui bahawa parti itu turut ada saham di atas kemerosotan peratusan keluar mengundi di Penanti.
Hasut Pengundi
Apatah lagi media turut menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang secara terbuka menasihatkan pengundi di Penanti agar tidak keluar mengundi.
Akhbar harian pada Khamis (28 Mei) memetik Khairy yang menganggap pilihan raya itu sebagai memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini. Sepertimana para pemimpin BN lain, beliau turut menyandarkan hujahnya atas wewenangan Mohamad Fairus mengosongkan kerusi Penanti.
Saranan itu mendapat reaksi hangat pelbagai pihak. PAS menyifatkan kenyataan itu satu cubaan menghasut pengundi dan meminta SPR mengambil tindakan terhadap Khairy.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menganggap kenyataan itu tidak bertanggungjawab dan berniat menghalang proses pilihan raya. Beberapa ahli akademik turut mempertikaikan kewajaran kenyataan itu.
Halang Bersuara
Dalam reaksinya, Khairy tidak menafikan kenyataannya itu. Sebaliknya beliau menganggap usaha membantah saranannya itu sebagai menghalang hak beliau bersuara. Apatah lagi seruan beliau itu memang bertepatan dengan pendirian BN dan sikap ditunjukkan segenap media kroninya.
Justeru, apabila peratusan keluar mengundi di Penanti benar-benar menjunam ke bawah 50 peratus, semua pihak menuding jari ke arah BN sebagai faktor utamanya.
Amat melucukan, hakikat itu cuba dinafikan Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau sebaliknya menegaskan sebarang cubaan mengaitkan peratusan keluar mengundi yang rendah itu dengan BN hanyalah 'gimik' kempen pembangkang.
Apa pun, penafian Muhyiddin itu memberikan dua pengertian. Sama ada beliau memang tidak ambil tahu perbahasan hangat di media berhubung kenyataan Khairy yang menghasut pengundi itu, atau beliau tidak mengiktiraf Khairy sebagai salah seorang pemimpin utama dalam BN.
Artikel sumbangan: http://kijang59.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment