Saturday, June 6, 2009

Kelab Penyokong PAS Menjadi Dewan


SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS menggesa kepimpinan PAS yang baru agar menyediakan satu pelan tindakan khusus untuk memperkukuhkan parti, selain memantapkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat. Pengerusinya, Hu Pang Chaw, berkata selama ini pemimpin PAS sering menyampaikan maklumat atau berceramah berkenaan pemerkasaan parti dan menawarkan harapan-harapan kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya pemimpin PAS merealisasikan dan bertindak mengikut apa yang mereka katakan selama ini. Dan saya berharap kepimpinan baru ini mengambil peluang terbaik," tegas beliau ketika ditemui di Stadium Malawati, Shah Alam. Tambah beliau, sekiranya pimpinan PAS segera menyediakan pelan tindakan itu, rakyat akan dapat melihat ketelusan kepimpinan PAS.

0 comments:

Post a Comment