Sunday, June 7, 2009

Bukan 'Kuda Tunggangan' Tapi ‘Barua’ UMNO


JERLUN 6 Jun - UMNO tidak berhajat menjadikan Pas sebagai 'kuda tunggangan' jika kerajaan perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi kenyataan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Pas kini sudah pun menjadi 'kuda tunggangan' parti politik lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP namun UMNO hanya mahukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara.

"Sebelum ini pun saya nyatakan sokongan sekiranya ada pihak Pas yang terbuka hati untuk berbincang mengenai kerajaan perpaduan ini. "Jika kerajaan perpaduan ini dapat dilaksanakan akan wujud kestabilan di dalam politik negara dan ini akan menarik minat pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Industri Perbadanan Produktiviti Malaysia di sini hari ini.

(sumber: UTUSAN=PUTUSAN=ALASAN)

Nota kaki: Umno tidak berhajat menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan tapi UMNO boleh jadikan PAS sebagai “barua” mereka. UMNO berpendapat politik suku dan agama suku, macam mana boleh jalinkan kerjasama dengan PAS. Seperti kita ketahui UMNO hanya manis dimulut sahaja.

0 comments:

Post a Comment