Wednesday, June 17, 2009

Rompak Hilangkan Bosan


Cartoon40 KUALA LUMPUR: Sekumpulan empat rakan baik yang bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah merompak sebuah van rokok di Taman Perwira, Banting, dekat sini, bagi menghilangkan kebosanan itu, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta Mercedes berwarna emas secara tiba-tiba menghalang sebuah van rokok sebelum mengarahkan pemandu dan pembantunya itu turun daripada kenderaan itu. Sebaik turun, suspek mengarahkan kedua-dua mangsa berusia 30-an itu menyerahkan semua barangan berharga termasuk wang tunai sekiranya tidak mahu dicederakan. Mangsa yang panik menyerahkan wang tunai RM18,000 selain merayu tidak dicederakan. Menurut sumber, kumpulan terbabit yang berusia 20-an pada mulanya tidak merancang melakukan rompakan itu sebaliknya melakukannya kerana bosan selepas bersiar-siar dengan kereta mewah dipercayai milik seorang daripada mereka. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Telok Panglima Garang di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. (myMetro)

0 comments:

Post a Comment