Monday, June 1, 2009

Pemimpin Umno Manek Urai meninggal dunia


KUALA KRAI, 1 Jun (Hrkh) - PAS kawasan ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua pemimpin Umno di Dun Manek Urai yang meninggal dunia semalam. Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman merakam ucapan tersebut kepada keluarga pemimpin terbabit dan berharap mereka bersabar menghadapi segala dugaan.

Semalam Ketua Penyelia Pembangunan Mukim Dun Manek Urai, Ismail Deraman, 54 dan suami kepada bekas anggota jawatankuasa wanita Umno Kuala Krai, Che Harun Junoh, 68 meninggal dunia. Ismail meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Manakala Che Harun menderita penyakit bengkak hati sejak tahun lepas meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manek Urai Baru. Ismail sebelum ini pernah disebut-sebut sebagai calon Umno di Dun Manek Urai pada pilihan raya umum lepas.

0 comments:

Post a Comment