Friday, June 5, 2009

Pemidato terbaik Umno, Isi Kosong Buat apa


BENTONG 5 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan menghantar kumpulan pemidato terbaiknya dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kempen pilihan raya kecil itu merupakan ujian pertama kepada kumpulan pemidato tersebut yang baru diwujudkan oleh pergerakan berkenaan untuk menjelaskan pelbagai isu kepada pengundi di kawasan tersebut.

``Pemuda UMNO mewujudkan Unit Pidato dan Penghujahan Umum untuk melahirkan kumpulan yang mampu berpidato, berdebat dan berceramah kepada rakyat bagi menjelaskan isu-isu semasa dan dasar kerajaan,'' katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus asas Jentera Unit Pidato Pemuda UMNO di Institut Latihan Memperkasakan UMNO (ILMU) di Janda Baik dekat sini hari ini.

P/s: Walaupon sebagus mana pemidato yang dihantar, jika isi yang dilontarkan hanyalah janji-janji manis pilihan raya dan omong kosong sahaja belum tentu UMNO akan menang. sekian.

0 comments:

Post a Comment