Sunday, June 14, 2009

Manek Urai Anak Angkat BN Jika Menang PRK


KUALA KRAI 13 Jun - Kerajaan Pusat akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak angkat' sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut pada 14 Julai ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kawasan itu akan diberikan tumpuan khusus dari semua aspek terutama pembangunan infrastruktur sekiranya menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat. Beliau berkata, penduduk di sini seharusnya mengambil kesempatan dari pilihan raya kecil berkenaan sekiranya mereka mahu berubah dan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.

''Harapan kita dengan semangat yang tinggi akan mampu mengubah semangat desa di Manek Urai, di sini banyak orang kampung, infrastruktur dan taraf hidup perlu dipertingkatkan. ''Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan nasib rakyat Manek Urai terbela yang rata-rata memerlukan banyak bantuan dari Kerajaan Pusat," katanya. (bernama)

0 comments:

Post a Comment