Tuesday, May 26, 2009

Rasa tertipu mainan Umno


Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian.

20090525201416_mainan umno"Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya.
"Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga," kata Datuk Hashim Suboh hari ini.
Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga "berasa tertipu" dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.
Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain".
Katanya, keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
"Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah "gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpinan Umno negeri".
Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.
Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang "didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihan raya umum tahun lalu".
Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah.
"Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi," katanya. - malaysiakini

0 comments:

Post a Comment