Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Wednesday, June 10, 2009

Mewajibkan Bahasa Inggeris bebankan pelajar luar bandar

0 comments

KOTA BAHARU 10 Jun — Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berpendapat langkah mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membebankan pelajar luar Bandar.

“Langkah itu menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap suara rakyat dalam menangani isu itu kerana belumpun selesai isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Sains dan Matematik, rakyat sekali lagi dibebankan dengan isu baru mewajibkan lulus bahasa Inggeris,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Tilawah al-Quran peringkat negeri, di Balai Islam, di sini malam tadi.

Mohd Amar berkata sepatutnya kerajaan terlebih dahulu menyelesaikan isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum mengumumkan dasar baru mewajibkan pelajar lulus Bahasa Inggeris.“Kalau kerajaan boleh memaksa pelajar mengambil dan lulus subjek Bahasa Inggeris dalam SPM mengapa tidak berbuat demikian terhadap mata pelajaran agama Islam?

“Mata pelajaran agama hanya wajib diambil oleh pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tetapi tidak wajib lulus, sedangkan Bahasa Inggeris wajib lulus, ini menunjukkan ada elemen pilih kasih,” katanya. - Bernama

Read full story

Tuesday, June 9, 2009

Ramai pelajar luar bandar akan gagal SPM jika BI diwajibkan.

0 comments

251108-mahathir-melayu CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Katanya, idea itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi.
Bagaimanapun, beliau berharap Kementerian Pelajaran akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak mereka.

Nota Kaki: Sebelum buat keputusan wajibkan BI dalam SPM, sila buat tinjauan dan penyelidikan masak-masak, jangan jadi macam isu PPSMI, jangan ikut sedap pemikiran pemimpin sahaja, Kalau isu ini diperbesar-besarkan atau diteruskan, saya rasa UMNO sudah gali lubang kubur di Manek Urai, Hang tau ka Tun, Manek Urai Tu dok belah mana kat Kelantan?.  Ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus. TPM pon dia tahu, tapi kita semua dah tau mereka bukan nak jaga rakyat dia orang semua mau jaga perut mereka aja. PPSMI Tun jugak mulakan dulu kan.

Read full story