Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Siapa harus dipersalahkan??

0 comments

Cara pembinaan jambatan gantung menyeberang Sungai Kampar di Kuala Dipang dekat Kampar yang runtuh menyebabkan seorang murid lemas dan dua lagi hilang semalam hangat dipersoalkan oleh pelbagai pihak yang berada di tempat kejadian.
Kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa siasatan terhadap kejadian itu namun kalangan ibu bapa dan orang ramai yang berada di tempat kejadian, membuat andaian terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sebagai punca utama kejadian.
"Saya seperti tidak percaya apabila melihat saiz konkrit pelapik tiang jambatan... ia terlalu kecil dan tiada cerucuk," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Beliau yang mendakwa berpengalaman dalam sektor pembinaan berkata saiz konkrit berkenaan yang kecil tidak sepadan dengan tiang besi jambatan yang turut menampung kabel besi jambatan.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam tadi, 19 murid lain sempat diselamatkan oleh guru dan pengawal SK Kuala Dipang apabila mereka terhumban ke dalam sungai yang mengalir deras apabila sepasang tiang berkenaan runtuh semasa mereka sedang menyeberang Sungai Kampar untuk jamuan.
Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.
Seorang bapa murid, S Thiagaran, 42, berkata beliau hairan apabila melihat konkrit bagi tiang jambatan itu tidak dipasang besi cerucuk.

"Dari pemerhatian saya, simen pada kaki jambatan ini juga masih belum kering dan ia menunjukkan keadaan yang tidak selamat," katanya.
Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dua minggu lepas dan menurut seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kuala Dipang, ia dibina bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang telah runtuh sebelum ini.
Seorang lagi bapa murid Jaafar Arif, 65, berkata tindakan tegas perlu diambil hasil daripada siasatan yang dijalankan pihak berkuasa kerana kejadian itu telah menyebabkan kehilangan nyawa.
Seorang penjawat awam yang berpengalaman dalam kegiatan lasak pula berpendapat bahawa jambatan gantung biasanya dihadkan bilangan pengguna kerana ia berbuai-buai atau bergoyang dan boleh menyebabkan pengguna terjatuh jika tidak berhati-hati.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat tempat kejadian(foto, bertopi)mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa siasatan yang diketuai Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai para pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kerajaan negeri Perak.
Jawatankuasa itu akan membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan itu kepada beliau, katanya.
"Kita akan bagi mereka tempoh masa yang sesuai supaya hal ini dapat dilaporkan dengan lengkap dan terperinci," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian pada Selasa.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Read full story

Sunday, August 30, 2009

PAS tunggu kemenangan ke-8

0 comments

SHAH ALAM – Pas akan memastikan momentum kemenangan Pakatan Rakyat (PR) akan berterusan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil di kawasan tersebut diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, menjadi hasrat parti itu mahu melihat Barisan Nasional (BN) tumbang buat sekian kalinya setelah mengharungi lapan pilihan raya hanya sekali kemenangan.“Pas tidak meminta pilihan raya itu, kerana kesilapan yang dilakukan wakil rakyat BN, kemungkinan terjadi pilihan kecil ada.

“Pas akan memastikan kerusi ini akan bertukar milik dari BN dan akan menjadi kekalahan yang kelapan buat parti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.Beliau berkata demikian ketika mengulas persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan DUN Kota Siputeh jika SPR menetapkan pilihan raya kecil diadakan berikutan ketidakhadiran wakil rakyatnya dalam dua persidangan DUN Kedah.Sebelum ini, SPR memutuskan pihaknya akan mengumumkan status kerusi itu sejurus tamat pilihan raya Permatang Pasir 25 Ogos lalu.Salahuddin berkata, pihaknya kini sudah memperkemaskan jentera-jentera parti di kawasan itu dan hanya menunggu keputusan SPR.“Yang jelas ‘mood’ rakyat akan berterusan di DUN Kota Siputeh, ia jelas mesej yang disampaikan Datuk Seri Najib, termasuk gagasan 1 Malaysia tidak diterima rakyat,” katanya.Pada pilihan raya umum lalu, Datuk Abu Hasan mewakili (BN) berjaya mempertahankan kerusi itu bagi penggal keempat selepas menewaskan calon Pas, Ismail Wan Teh.

Read full story

Friday, July 3, 2009

BN Naik Berang Dengan Suhakam

0 comments
 

Kerajaan Umno-Barisan Nasional berang dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Abu Talib Othman yang menggesa pilihanraya diadakan segera di Perak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz berkata Abu Talib tidak lagi layak mempengerusikan badan hak asasi manusia itu kerana tidak berpendirian neutral dalam krisis politik di negeri Darul Ridzuan.

Pada Mei lalu, Abu Talib dipetik sebagai berkata rakyat Perak harus diberi pilihan untuk melaksanakan tanggungjawab menentukan kerajaan kehendak mereka. “Ini adalah asas hak asasi manusia,” tegas Abu Talib. Abu Talib berkata demikian ketika dimitna mengulas perlantikan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak dan kejadian Speaker V Sivakumar diheret keluar dari Dewan Undangan Negeriatas arahan Umno-BN.

Nazri berkata kenyataan bekas Peguam Negara itu bersifat subjudis dan boleh mempengaruhi keskerajaan Perak. "Itu ada pandangan beliau. Beliau ada kebebasan untuk menyatakan pandangannya. Bagaimanapun bagi saya, beliau tidak wajar menyatakan demikian," kata Nazri semasa membahaskan Rang Undang-Undang Suhakam (Pindaan) 2009. "Sebagai bekas pendakwa raya nombor satu negara, Peguam Negara, beliau tidak harus mempengaruhi hakim memandangkan kes masih dalam pertimbangan mahkamah. Sangat jelas ia adalah subjudis," katanya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan para persuruhjaya Suhakan harus neutral dan tidak dilihat menyebelahi mana-mana pihak. Menjawab peringatan Nazri itu, ahli Parlimen Tian Chua (PKR-Batu) menarik perhatian Dewan Rakyat kepada keputusan kerajaan melantik peguam Umno, Muhammad Shafee Abdullah sebagai persuruhjaya Suhakam.

Tian Chua mempersoalkan mengapa Shafee yang terbabit sepenuh masa dalam politik sebagai penasihat dan peguam kepada Umno dilantik sebagai persuruhjaya. Tian menambah dwi-peranan Shafee ini satu percanggahan serius kerana dalam pada dia dituntut supaya bersifat neutral sebagai seorang persuruhjaya, dia juga perlu memastikan kemenangan undang-undang berpihak kepada Umno-BN.

Abu Talib, mengeluarkan kenyataan berdasarkan interpretasi beliau keatas hak asasi manusia. Ini adalah berbeza dari kes seorang peguam yang dilantik untuk mewakili sebuah parti politik,” tegas Tian. “Bukan sahaja beliau aktif dalam politik, tetapi juga dia dilantik dan masih seorang persuruhajaya. Ini amat mengelirukan – bagaimana boleh seorang persuruhajaya Suhakam mengambil bahagian dalam kes-kes politik?” kata Tian.

Nazri menjawab Abu Talib tidak perlu mengulas mengenai isu Perak kerana kes tersebut tidak termasuk dibawah bidang kuasa Suhakam. Sementara Shafee pula, kata Nazri lagi, bergerak atas asas profesionalisma sebaik sahaja dia dilantik mewakili anak guam.

Read full story

Wednesday, June 24, 2009

Kecewa UG Ditolak- Ibrahim Ali

0 comments

KUALA LUMPUR 23 Jun – Ahli Akademik dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu kecewa dan kesal apabila kerajaan perpaduan yang dicadangkan demi perpaduan orang Melayu akhirnya terkubur begitu sahaja.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perasaan orang Melayu seolah-olah dipermain-mainkan apabila pakatan pembangkang menolak cadangan itu. “Kita teruja dan gembira sebelum ini kerana sudah nampak ada usaha perpaduan antara orang Melayu dan umat Islam apabila timbulnya cadangan ini terutama kerjasama antara UMNO dan Pas.

“Tetapi akhirnya ia jadi begini. Perasaan orang Melayu seolah-olah terus dipermainkan demi kepentingan politik pembangkang semata-mata,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas cadangan Pas sebelum ini bagi mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO demi kesejahteraan orang Melayu dan umat Islam, tetapi ditolak pakatan pembangkang semalam.

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

Syarat Hashim Suboh Sertai Pembangkang

0 comments

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu. Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang. “Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi. “Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

“Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang. Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut. “Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa,”  tanya.

Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang. Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis. Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan. (suarakeadilan)

Read full story

Isu Perak Suruhanjaya Di-Raja Harus Ditubuhkan

0 comments

Suruhanjaya Siasatan Di-Raja harus ditubuhkan untuk menyiasat rampasan kuasa di perak, terutama sekali mengenalpasti dalang perbuatan itu yang mengheret perak ke krisis perlembagaan yang paling buruk dalam sejarah negeri itu. Ikuti Video temuramah wartawan daripada TVAntara

 

Klik “PLAY” untuk Lihat Video

Read full story

Nasharuddin Digesa Keluar PAS

0 comments

nik aziz angry 170609 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.
"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat. "Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok. nasharuddin mat isa 170609 02 "Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini. Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan  tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

enyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."
Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata: "Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. "(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.  "Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno." Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008. Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka."Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya. Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri."Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya. (malaysiakini)

Read full story

Saya Rela Diusir Kerana Pertahan Perlembagaan - Nizar

0 comments

MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN / PARLIMEN “Ia berlaku secara spontan”, kata Menteri Besar Perak Nizar Jamaluddin ketika disoal mengapa beliau melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di dalam Dewan Rakyat sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dari dewan legislatif itu. Menurut Nizar, saat mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang adalah saat yang memilukan kerana dalam masa beliau mengucapkan sumpah setia mempertahan Perlembagaan Negara, ketika itu juga BN bermaharajalela di Perak. “Kita sebagai seorang insan, mesti ada perasaan. Apabila kita megangkat sumpah mempertahan Perlembagaan, hati kita tidak boleh berasa lain – tidak boleh begitu. Apa yang berlaku hari itu adalah spontan, bukan sesuatu yang dirancang,” kata Nizar. “Saya percaya apa yang saya lakukan hari itu adalah apa yang sepatutnya saya lakukan. Saudara tahu kenapa saya berbuat begitu. Ketika saya mengangkat sumpah setia mendaulatkan Perlembagaan dan undang-undang, Perlembagaan yang sama ini diliwat Umno-Barisan Nasional,” tegas beliau.


Nizar dan enam Ahli Parlimen lain digantung Speaker Pandikar Amin Mulia ekoran tindakan mereka menyatakan protes terbuka di dalam Dewan Rakyat terhadap kudeta haram Barisan Nasional di Perak.
Mereka memakai lilitan “Bubar Dun” di kepala dan tangan masing-masing yang menjadi sebahagian daripada kempen Pakatan Rakyat memulihkan demokrasi di Perak Darul Ridzuan. Namun sebaik sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar menganjak protes hari itu dengan melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Bubar Dun” di hadapan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional.


Perdana Menteri Najib Abdul Razak, yang dituduh sebagai dalang kudeta haram itu, kelihatan terkebil-kebil melihat Dewan Rakyat bergema dengan protes Pakatan Rakyat. Perak diheret dalam kemelut politik berpanjangan setelah BN dituduh mendalangi rampasan kuasa dengan “membeli” tiga ADUN Pakatan Rakyat termasuk dua yang menghadapi tuduhan rasuah. Polis pelbagai unit dari serata negara dikerah ke ibu negeri Ipoh dan menyaksikan ratusan orang awam yang turun membantah rampasan kuasa itu ditahan termasuk wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Tidak cukup dengan itu, Barisan Nasional melantik Setiausaha MIC Perak, R. Ganesan, sebagai Speaker Dun walaupun Ganesan bukan seorang wakil rakyat.


BN kemudiannya mengarahkan pihak polis mengheret Speaker yang sah, V Sivakumar dari Dewan Undangan Negeri Perak lalu mengurungnya di dalam sebuah bilik, sementara wakil-wakil rakyat Pakatan yang lain dikasari dan dicederakan. Nizar menjelaskan hari pertama persidangan Dewan Rakyat berlangsung adalah masa terbaik untuk menyatakan protes terbuka kerana semua wakil rakyat dan khususnya Perdana Menteri Najib Abdul Razak turut hadir hari itu.“Hari itu adalah masa terbaik untuk menunjukkan bantahan rakyat. Dimana lagi kita boleh berhadapan dengan wakil-wakil rakyat BN? Bahkan dalang rampasan kuasa, Perdana Menteri Najib Abdul Razak, tidak hadir hari ini. Jadi beritahu pada saya bila masa yang terbaik melainkan hari itu?” kata Nizar. (TVA)

Read full story

Monday, June 15, 2009

Hidup, Hidup, Hidup Rakyat…

1 comments

Bagi Blogger Keamanan Rakyat, kami berbangga dengan tindakan Nizar dan rakan-rakan ,keberanian untuk memperjuangkan hak Rakyat Perak amat dihargai. “Hidup..hidup..hidup rakyat, bubar, bubar,bubar dun Perak” Tahniah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin!!

Read full story

Anwar Pertahan Tindakan Nizar

0 comments

keluarKetua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai lilitan hitam "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.


"Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen. (TVA)

Read full story

Sunday, June 7, 2009

Perubahan Untuk Kedah

0 comments

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan perwakilan khususnya dari Pahang dan Perlis berhubung Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat.  Akuinya, terdapat banyak perkara yang dilakukan belum dapat memuaskan hati rakyat sepertimana pemerintahan di Kelantan.

Hujahnya, Pakatan Rakyat baru 15 bulan mentadbir negeri Kedah sedangkan PAS telah 19 tahun mentadbir Kelantan. Oleh itu, beliau meminta agar semua pihak bersabar untuk melihat perubahan yang sedang dibuat. Janjinya, Kedah berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang memudahkan rakyat. Beliau seterusnya memetik kisah kisah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dipersoalkan anaknya kerana tidak melaksanakan kritikan yang pernah dilontarkan kepada pemerintahan Muawwiyah sebelumnya.

"Kita mengaku, setelah 50 tahun Umno memerintah Kedah, banyak perkara yang kita susah nak ubah," terang beliau pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, hari ini.

Read full story

Pemuda UMNO Gatai Nak Bermuzakarah

0 comments

1e883dccd5321575d9d244fd6be06adc KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional.

Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional. ''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara.

''Inilah masa yang sesuai untuk memulakan muzakarah,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti. Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam.

Nota Kaki: Pemuda UMNO sedah merasai kegatalan untuk bermuzakarah dengan PAS , Diharap Majlis Tertinggi PAS tidak membuat  kerjasama dengan pihak UMNO, seperti kata Pewakilan Kelantan Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang.

Read full story

Wednesday, June 3, 2009

Majoriti Anak Muda Menyokong Pakatan

0 comments

Selepas tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac 2008, iklim politik di Malaysia terus panas dan menyaksikan penyertaan aktif rakyat dalam politik. Perkembangan ini semakin rancak apabila beberapa siri pilihanraya kecil yang berlaku selepas itu bermula di Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu dan kemudian Bukit Gantang.
Krisis politik di Perak dan isu penentangan terhadap dasar kontroversi PPSMI ibarat "menyimbah petrol" ke api yang sedang marak. Golongan muda tidak ketinggalan untuk bersama-sama dengan pergolakan politik tanah air. Setakat ini, majoriti anak muda di Malaysia lebih condong untuk menyokong Pakatan Rakyat berbanding BN. Perkembangan ini diakui sendiri oleh pimpinan-pimpinan BN apabila parti pemerintah tersebut tewas di kebanyakkan saluran pengundian 3 dan 4 yakni saluran pengundi muda dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa siri pilihanraya kecil.
Ramai penganalisis melihat kencenderungan golongan muda bersama Pakatan kerana mereka lebih terdedah kepada maklumat-maklumat alternatif di internet, berbanding golongan tua yang sudah terbiasa dengan maklumat daripada akhbar atau televisyen. Memang satu faktor yang tidak dapat dinafikan, internet memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pilihanraya umum yang lalu.
Sebab itulah ramai pemimpin-pemimpin BN membuka blog sebaik sahaja keputusan pilihanraya ke-12 diumumkan kerana menyangka bahawa mereka kalah teruk oleh kerana tidak mempunyai blog!

Read full story