Showing posts with label MUKTAMAR. Show all posts
Showing posts with label MUKTAMAR. Show all posts

Monday, June 8, 2009

Ulama' Konservertif

0 comments

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa hari ini menolak tanggapan ulamak PAS adalah ulamak konservertif yang cuba dipopularkan oleh pihak media arus perdana.
Menurutnya, istilah yang digunakan oleh orang luar itu boleh menimbulkan kecelaruan dalam PAS.
“Istilah itu seolah-olah cuba menggambarkan PAS ini adalah parti yang jumud. Jika ia benar, PAS mungkin susah untuk duduk semeja dengan bukan Islam,” katanya.


Berucap menggulung perbahasan pada Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam semalam, Nasharuddin berkata, jika pemimpin PAS atau Dewan Ulama adalah golongan konservitif, PAS tidak akan sampai ke tahap ini. Menurutnya, istilah yang digunakan itu tidak tepat sama sekali kerana PAS kini cukup dinamik dan boleh memimpin ahlinya berjuang di atas landasan Islam.
Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tiada sebarang agenda untuk membawa PAS menyertai Umno atau bergabung dengan Barisan Nasional.. “Mereka telah menjadi musuh politik PAS sejak sekian lama. “Kami berbeza dengan Umno. Apa yang hendak dirancang akan dibuat bersama kerana parti ini bukan parti individu tapi perlu dibincang dengan pemimpin untuk dibawa ke tahap yang lebih baik,” katanya. (TVA)

Klik “play” untuk lihat  video Dari TV antara

Read full story

Sunday, June 7, 2009

Muktamar Tahunan PAS Ke-55 Melabuhkan Tirainya

0 comments

SHAH ALAM 7 Jun — Muktamar Tahunan PAS Ke-55 melabuhkan tirainya hari ini dengan pucuk pimpinan parti itu bertekad membuka pintu toleransinya kepada mana-mana pihak dalam menegakkan syiar Islam.

Read full story

Semua Tak Nak Kerjasama Dengan UMNO, Kesian..

2 comments

SHAH ALAM: Dewan Muslimat Pas Pusat, menolak sebarang kerjasama antara parti itu dengan Umno serta gagasan kerajaan perpaduan yang dibawa presidennya. Timbalan Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata perkara itu perlu dikaji secara mendalam supaya pimpinan Pas tidak dilihat sebagai menghantar mesej yang salah kepada rakyat. "Pas boleh bergerak sendiri tanpa perlu berharap dan menjadi tunggangan kepada Umno," katanya ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas ke-55 di Stadium Malawati, di sini, hari ini.

Read full story

Perubahan Untuk Kedah

0 comments

SHAH ALAM, 7 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan perwakilan khususnya dari Pahang dan Perlis berhubung Kerajaan Negeri Kedah dibawah Pakatan Rakyat.  Akuinya, terdapat banyak perkara yang dilakukan belum dapat memuaskan hati rakyat sepertimana pemerintahan di Kelantan.

Hujahnya, Pakatan Rakyat baru 15 bulan mentadbir negeri Kedah sedangkan PAS telah 19 tahun mentadbir Kelantan. Oleh itu, beliau meminta agar semua pihak bersabar untuk melihat perubahan yang sedang dibuat. Janjinya, Kedah berusaha untuk melaksanakan pendekatan yang memudahkan rakyat. Beliau seterusnya memetik kisah kisah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang dipersoalkan anaknya kerana tidak melaksanakan kritikan yang pernah dilontarkan kepada pemerintahan Muawwiyah sebelumnya.

"Kita mengaku, setelah 50 tahun Umno memerintah Kedah, banyak perkara yang kita susah nak ubah," terang beliau pada sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Malawati, hari ini.

Read full story

Saturday, June 6, 2009

Kelab Penyokong PAS Menjadi Dewan

0 comments

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Kelab Penyokong PAS menggesa kepimpinan PAS yang baru agar menyediakan satu pelan tindakan khusus untuk memperkukuhkan parti, selain memantapkan kerjasama di antara Pakatan Rakyat. Pengerusinya, Hu Pang Chaw, berkata selama ini pemimpin PAS sering menyampaikan maklumat atau berceramah berkenaan pemerkasaan parti dan menawarkan harapan-harapan kepada rakyat.

"Sudah sampai masanya pemimpin PAS merealisasikan dan bertindak mengikut apa yang mereka katakan selama ini. Dan saya berharap kepimpinan baru ini mengambil peluang terbaik," tegas beliau ketika ditemui di Stadium Malawati, Shah Alam. Tambah beliau, sekiranya pimpinan PAS segera menyediakan pelan tindakan itu, rakyat akan dapat melihat ketelusan kepimpinan PAS.

Read full story

Umno Spesis Suka Tikam Belakang

1 comments

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Perwakilan Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah mengingatkan pimpinan PAS agar tidak menjalinkan hubungan dengan Umno kerana dengan berbuat demikian ia boleh membuatkan orang Melayu terus sesat kerana bagi Umno, politik suku dan agama suku dan ia bukan satu ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu katanya, Umno merupakan jenis spesis yang suka tikam kawan daripada belakang. Menurut beliau, di Kelantan masyarakat Cina terlalu hormat dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana beliau melarang segala kerjasama dengan Umno sehingga menyebabkan Kelantan dapat bertahan selama 10 tahun.

Read full story

Kain Lilit Kepala Desak Pembubaran DUN Perak

0 comments

Muktamar PAS ke 55 hari ini sebulat suara mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan secepat mungkin bagi mengembalikan hak kebebasan rakyat untuk memilih pentadbiran negeri yang sah.  Desakan yang dikatakan sudah sampai ke kemuncak itu diperkukuhkan dengan pemakaian kain lilitan kepala berwarna hitam oleh semua pemimpin dan perwakilan dengan tulisan ‘bubarkan DUN’.

Nasharuddin Mat Isa yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan kali ini, mengetuai tindakan itu dengan menegaskan bahawa ia adalah protes kepada kerajaan Umno Barisan Nasional. Menurutnya, pelbagai cara sudah dilakukan oleh kerajaan pakatan rakyat untuk memulihkan keadaan, termasuk membawa kemelut politik Perak ini ke mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata semua usaha itu menemui jalan buntu apabila Umno Barisan Nasional dilihat terus membelakangkan prinsip demokrasi dan kedaulatan undang-undang. Nasharuddin mengulangi bahawa PAS akan terus memperjuangkan hak rakyat Perak yang telah dicabuli oleh kerakusan Umno Barisan Nasional.

(TVA)
Read full story

Sekitar Mutamar PAS Hari Ini.

0 comments

DSCF1538 Muktamar PAS yang bersidang hari ini di Stadium Malawati, Shah Alam meluluskan usul menggesa Pakatan Rakyat untuk mewujudkan system saringan bersama untuk memilih calon-calon pilihanraya yang berkelayakan.Selain itu, Dewan Pemuda juga mencadangkan supaya satu formula baru dibuat bagi menentukan kuota calon pilihanraya yang sesuai dengan keperluan semasa.

Mengenai usul kepimpinan, pihak majlis syura dan dewan ulama mengambil inisiatif melahirkan ulama-ulama pelapis serta memfokuskan pembinaan keupayaan dalam pelbagai disiplin ilmu, termasuk ilmu siasah dan pengurusan.

Muktamar juga membuat ketetapan supaya pimpinan PAS Pusat, negeri, kawasan dan ahli menumpukan usaha membina kekuatan parti, bukan merosakkan parti atau memecah belahkan parti dengan label-label seperti kumpulan pro-muzakarah, pro-pakatan dan kumpulan erdogan. Muktamar juga meluluskan tanpa bahas PAS kawasan Shah Alam, Jerlun dan Hulu Selangor demgan membuat ketetapan untuk mengekal dan melebarkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU-13 demi menegakkan syiar islam. PAS juga akan berusaha mewujudkan struktur organisasi yang berdaftar atas nama Pakatan Rakyat sebagai alternatif atau pengganti kepada Barisan Nasional bagi menerajui kepimpinan Negara.

Read full story

Lulus Usul Lantik Badan Penyiasatan Bebas

0 comments

20090606184752_DSC00483 Muktamar PAS ke-55 hari ini meluluskan usul mendesak Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansur membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang mengaitkan mereka dengan kes pembunuhan model Mongolia , Altantuya Saribbu. Usul yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS itu juga memohon kepada Yang Dipertuan Agong supaya memperkenankan perlantikan badan penyiasatan bebas terhadap kes pembunuhan model berkenaan.

Read full story

Keputusan Pemilihan Muktamar PAS ke-55

0 comments

Pengerusi Tetap
Ustaz Abu bin Kasim (menang tak tanding)

Tim. Pengerusi Tetap
Haji Hussin Ismail – 609
Haji Ishak Surin – 200
Dato Tengku Puji Tengku Abd Hamid – 199

Presiden
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (menang tak tanding)

Tim. Presiden
Nasharuddin Mat Isa – 480
Datuk Hussam Musa – 281
Hj Mohamad bin Sabu – 261

Naib Presiden
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man – 871
Haji Salahuddin Ayob – 824
Dato Haji Mahfuz Omar – 663
Dato Nik Mohd Amar Nik Abdullah – 333
Dr Mujahid Yusof Rawa - 297

AJK PAS Pusat

1. Datuk Seri Nizar Jamaluddin  - 854
2. Haji Idris Ahmad – 799
3. Dato Kamaruddin Jaafar – 769
4. Dato Seri Azizan Abd Razak – 653
5. Dato Dr Hassan Ali – 642
6. Dr Hatta Md Ramli – 638 (Bendahari)
7. Hj Abd Ghani Shamsuddin – 637
8. Dato Hj Abu Bakar Chik – 622
9. Hj Hanipa Maidin – 619
10. Dato Amiruddin Hamzah – 606
11. Dr Lo Lo  Hj Md Razali – 589
12. Hj Ghani Abdul Rahman – 584
13. Dr Dzulkifly Ahmad  - 576
14. Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi – 530
15. Haji Hashim Jasin – 522
16. Mazlan Aliman – 513
17. Ustaz  Taib Azamudden Md Taib– 508
18. Dr Mujahid Yusof Rawa - 448

Read full story

Monday, June 1, 2009

PAS Kearah Parti Multiracial

0 comments

muktamar55 Ini merupakan kejayaan yang dirintis oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa menjadikan PAS kearah parti multiracial sesuai dengan negara bermasyarakat majmuk tanpa hilang identiti asal Islam dan Melayu. Sambutan orang bukan Islam terhadap PAS menunjukkan satu perubahan politik luar biasa kerana dalam masa Umno tetap meneruskan propaganda melalui media kononnya PAS anti Cina dan India sebaliknya makin ramai kaum tersebut mahu mengetahui perkara sebenar mengenai PAS.

Oleh kerana PAS parti Islam maka menjadi kerja mudah kepada Umno sebelum ini, dengan menggunakan isu syariah Islam bagi menakutkan orang bukan Islam kepada PAS. Sedangkan apa yang diburukkan Umno itu secara tidak langsung merosakkan akidah mereka sendiri.

Umat Islam masih tidak lupa bagaimana Umno menghasut bukan Islam supaya jangan rapat dengan PAS. Jangan bagi PAS memerintah jika tidak kemaluan kaum lelaki kena potong atau jawi (sunat). Tiada siapa sangka PAS kini turut diminati kaum India dan Cina. Malah dengan keahlian seramai 20 ribu orang berbangsa Cina, India, Siam dan Iban menyertai kelab penyokong PAS, ia boleh melebihi keahlian sesetengah parti politik di Malaysia. (HARAKAH)

Read full story