Tuesday, June 9, 2009

UMNO Dan Rasuah Perkara Biasa


TEMERLOH 9 Jun — Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 19 Ogos ini bagi sebutan semula kes rasuah membabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya, Halimi Kamaruzzaman.

Hakim Azuar Che Yusof menetapkan tarikh berkenaan atas permohonan pihak pendakwaan kerana ia masih belum menerima representasi bagi kedua-dua tertuduh daripada peguam bela mereka, Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan Jahaberdeen Mohd Yunoos.

Kedua-dua pihak pendakwaan dan tertuduh tidak hadir di mahkamah kerana permohonan untuk penangguhan itu dibuat secara bertulis. Mohamad Norza, 43, bekas anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, dituduh memberi suapan RM1,500 kepada Khadri Musa menerusi Halimi untuk diagihkan kepada perwakilan sebagai dorongan untuk mengundinya memenangi jawatan MT pada Perhimpunan Agung Umno Mac lepas.

0 comments:

Post a Comment