Sunday, June 28, 2009

Nik Aziz Ajak Najib Berdebat, Ada berani ke Najib???


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan debat terbuka bagi menyelesaikan kekalutan politik Pas dan Umno yang berlaku sejak sekian lamanya. Menteri Besar Kelantan itu berkata, draf surat jemputan rasmi kepada Presiden Umno untuk mengadakan perdebatan itu telah siap dirangka dan akan dihantar dalam tempoh terdekat. “Jemputan itu sengaja dibuat kerana kekecohan dalam politik hari ini, terutama antara Pas dan Umno,” katanya selepas mengimamkan solat Sunat Dhuha di pekarangan Pasar Siti Khadijah, di sini, semalam. Nik Aziz berkata, hasrat untuk perdebat itu dibuat berikutan tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan beliau dalam satu ceramah pada 21 Jun lepas, yang didakwa berbaur hasutan dan boleh mencetuskan ketegangan. Katanya perkara berlaku sekarang tidak akan selesai melalui media sebagai saluran tetapi mesti dibincangkan secara bersemuka. - Bernama

0 comments:

Post a Comment