Showing posts with label tahanan. Show all posts
Showing posts with label tahanan. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

PM Fobia isu Altantuya

0 comments

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat. Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti. Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat. Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia. Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan. Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan. (TVANTARA)

Read full story

Tuesday, May 26, 2009

11 ditahan terlibat perhimpunan haram mogok lapar

0 comments

IPOH 26 Mei – Polis menahan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar kerana terlibat dalam perhimpunan haram sempena kempen mogok lapar anjuran pakatan pembangkang di Wisma DAP Perak di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi ini.

Turut ditahan ialah sembilan yang lain termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Keshvinder Singh. - Utusan

Read full story

Sivakumar antara 19 ditahan,

0 comments

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Hrkh) - Speaker, V. Sivakumar adalah antara 19 orang yang ditahan oleh pihak polis ketika pelancaran mogok lapar di Wisma DAP jam 11.00 pagi tadi.

Selain itu turut ditahan ialah Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan enam wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (KeADILan-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (KeADILan-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim memaklumkan dalam blognya bahawa ke semua yang ditahan kini berada di IPK Ipoh untuk soal siasat.

"Saya menemui Adun Sungkai, Sivanesan sebentar tadi dan dia memaklumkan telah cuba memohon dan merayu kepada pengawal pintu masuk IPK Ipoh untuk masuk menghantar ubat kepada Ahli Parlimen Ipoh Barat,Kulasegaran namun tidak dibenarkan.

"Difahamkan YB. Kula sejak beberapa hari ini mengalami masalah kesihatan. Bayangkan untuk masuk menghantar ubat juga tidak dibenarkan," katanya

Sebelum ini, lima orang dari firma pengurusan majlis yang dilantik Pakatan Rakyat ditahan polis ketika cuba menguruskan mogok lapar di luar Wisma DAP di sini jam 7 pagi tadi.

Selain ditahan, pihak polis juga merampas sebiji belon besar yang sepatutnya dilepaskan ke udara ketika pelancaran mogok lapar nanti.

Menurut laporan sebuah laman web, petugas DAP mendakwa belon berharga RM2,000 itu ditempah khas untuk pelancaran tersebut dan ditulis dengan 'Daulat Tuanku' dan 'Bubarkan DUN' .

Read full story