Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts

Tuesday, June 9, 2009

Kalau Pemimpin Tak tau Beza Hak Rakyat Susah.

0 comments

IPOH: Cadangan Pas untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kepemimpinan Pas sudah mengetahui rentetan perkembangan politik di negeri ini bermula awal Februari lalu hingga sekarang dan tiada aspek memerlukan siasatan. Katanya, usul itu diluluskan oleh Muktamar Pas, kelmarin adalah untuk meraih keuntungan bagi parti itu saja.

Nota kaki: MB mahkamah hari ini bersuara dengan berkata “Suruhanjaya Diraja Peralihan Kuasa di Perak hanya untuk kepentingan parti itu, bukannya menjaga kebajikan rakyat”. Hahahaha.. dia bersuara begitu kerana tak paham kehendak rakyat, rakyat kata bubar dun dia buat pekat badak je, bukan salah dia jugak tapi ketua-ketua dia tu yang lebih pekak dari badak. Malas nak ulas panjang-panjang isu mamat ni, letih dah. salam

Read full story

Monday, June 1, 2009

Jangan Salah Orang lain, Jika dihalau

0 comments

Dr Zambry Abd Kadir kesal kerana ada pihak yang menanam benih kebencian dan permusuhan dalam hati penduduk kampung yang menghalau beliau keluar daripada tanahnya semasa beliau dan rombongan berkunjung ke Batu 8, Lekir, Manjung untuk melihat dan menziarah mangsa angin puting beliung dua hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan penduduk kampung yang menghalau beliau tetapi meletakkan kesalahan ke atas bahu pihak yang menanam perasaan benci dan permusuhan itu.
"Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.


"Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian," tulis beliau dalam blognya hari ini. (TVA)

Read full story

MB Mahkamah Dihalau Orang Kampung

0 comments

Salam Sejahtera...


Semalam dalam jam 2.30pth lebih kurang mungkin tercatat dalam sejarah Zambri selaku MB Mahkamah Rayuan telah dihalau oleh Tuan Tanah/Rumah di Batu 8 Lekir. Gambar sebelah kiri...Tuan tanahnya,.
Mengikut dari cerita salah sorang mengiringi DS IR Nizar kepada aku sebentar tadi, Zambri bersama Kong Chong Ha selaku AP Lumut yg juga Menteri Kerajaan Perumahan & Tempatan dan beberpa orang anggota polis yang mengiringinya ingin melawat ke sebuah rumah penduduk di situ yang rumahnya mengalami musibah akibat angin ribut malam tadi.
Disebabkan jalan untuk laluan kereta untuk ke rumah tersebut tak ada.. maka kereta Rasmi Zambri. Kong Cha dan Polis telah diletak di kawasan halaman rumah si tuan ni, tanpa minta izin kebenarannya. Apalagi tuan rumah ni terus minta keluar dari tanah kawasannya.. mereka tak indah larangannya.. malah mereka semakin gostan keretanya ke belakang, menyebab dia memekik tak faham bahasa ka sambil menepuk kereta tersebut.
Bila dah malu tak ada arah, mulalah cari pasal.. tanya kat tuan rumah ni, tanahnya tu bayar cukai ke tidak.. lagi la hangat tuan rumah, dapatlah maki percuma darinya "Pukimak hangpa", seawktu mereka nak keluar dari rumahnya ada lagi suara-suara mengatakan jangan layan orang tak betul...situan rumah balik balik sapa yang tak betul, kalau berani mari.. tak ada sapa yang beranila nak masuk.. dah bersalah.. nak tak nak mula tebal keluar balik... lawatan pun tak jadi..
Malu besarlah Zambri, kerana tak jauh dari situ kat Batu 10 Lekir adalah rumah mertuanya, tup-tup dia sendiri kena halau...
Pada sebelah petang DS IR Hj Nizar pulak pergi melawat ke situ, dah HJ Nizar pun risau juga pada mulanya.. takut kena halau.. sebab sangkaan mereka tuan tanah ni jenis orang tak betul... suspen aja mereka nak turun dari kereta,,, rupanya bila ia nampak Hj Nizar sampai berlari ia sambut Hj Nizarkat kereta, siap cium tangan lagi... berbangga dia dapat bertemu Hj Nizar dan ia menceritakan kisahnya yang berlaku pd Hj Nizar.. rakaman ceritanya bersama HJ Nizar ada di blog otai-manjung.
Tuan Tanah/Rumah ni menetap di KL.. entah habuannya nak jadi cerita balik kerumahnya dapat bertemu Zambri.. nasib Zambrilahhh... itulah MB yang bukan pilihan rakyat.. Padan muka kau Zambri... Kau dimalukan depan anggota polis.... depan Menteri Kabinet MCA...korang mereka tahu yang rakyat betul-betul tak suka...pi la ngadu kat Pak Mentua kau tu... apa dia nak kata....
-manjungmari (http://pastambun.blogspot.com)

Read full story

Thursday, May 28, 2009

Kerajaan Rakyat Vs Kerajaan Mahkamah

0 comments

Pakar undang-undang, ahli akademik, ahli politik, NGO dan rakyat kesal dengan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak kerana ia bertentangan dengan kehendak 53% rakyat negeri itu yang telah memilih Nizar Jamaluddin melalui Pilihanraya. Sebuah NGO, Aliran menyifatkan keputusan itu dibuat melalui percaturan dan manupulasi; yang mana doktrin pengasingan kuasa telah dikorbankan demi permainan politik. Naib Presiden PAS Husam Musa pula mendakwa keputusan tersebut telah diatur terlebih dahulu- satu rumusan yang tidak mampu disangkal ramai. Rata-rata pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan kekecewaan terhadap keputusan hakim Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz pada 11 Mei lalu yang mengekalkan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tersebut tidak memeranjatkannya disebabkan oleh beberapa faktor. Pakatan Rakyat memang sudah menjangkakannya berdasarkan atas keputusan-keputusan kehakiman sejak beberapa tahun yang lalu. Penasihat DAP Kebangsaan Lim Kit Siang menjelaskan orang ramai yang datang ke Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan penghakiman dalam kes Zambry lawan Nizar tidak percaya bahawa keseluruhan sessi tersebut telah tamat hanya dalam masa 5 minit sahaja. "Kita merasa sedih dan amat memalukan kerana keputusan yang dibuat dalam 5 minit adalah sesuatu yang jarang berlaku kerana ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa," kata peguam Razlan Hadri Zulkifli. Beliau juga menegaskan bahawa hakim sepatutnya membaca penghakiman bertulis dan bukan membuat penghakiman secara lisan yang mengambil masa hanya 5 minit. Menurut Profesor Undang-undang perlembagaan Aziz Bari, pendekatan mahkamah yang mengutamakan hal-hal teknikal tidak menepati sifat perlembagaan sebagai sebuah instrumen demokrasi sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Reid sendiri.

(sumber: Suara Keadilan)

Read full story

Tuesday, May 26, 2009

Zambry Marah Digelar Menteri Besar Mahkamah

0 comments

20090525191756_zambry2

Dr Zambry Abd Kadir marah apabila Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat memberi gelaran "Menteri Besar Mahkamah" kepada beliau.
Sebaliknya beliau mahu gelaran tersebut diberikan kepada Nizar Jamaluddin yang menurutnya orang yang memulakan proses  mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.
"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Nik Aziz) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.
"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry yang dipetik Bernama.
Sabtu lepas Nik Aziz berkata Dr Zambry adalah Menteri Besar Mahkamah kerana tidak mewakili seluruh rakyat Perak.
Beliau menduduki kerusi Mneteri Besar selepas Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu mengisytiharkannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.
Dr Zambry juga menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.
"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.
"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.
Gelaran yang diberikan kepada beliau mungkin bersesuaian melihat kepada ketidaksanggupan beliau mengadakan undi tidak percaya terhadap Ni zar dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan enggan membubarkan DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Sikap Dr Zambry yang mahu terus memegang jawatan tersebut hasil pekutusan mahkamah menyakinkan lagi rakyat bahawa gelaran yang diberikan oleh Nik Aziz kepada beliau tepat dan benar.

Read full story