Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan BN. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

Hampir 200 ditahan dalam operasi ambang merdeka

0 comments

Merdekakah kita??

2674185550_fb022e3211_oKUALA LUMPUR 31 Ogos — Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.

Operasi selama lima jam bermula kira-kira 1 pagi itu melibatkan beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid) Selangor dan turut disertai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pegawai-pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang.

Pengerusi Perkid Selangor Masridzi Sat berkata kesemua mereka dalam lingkungan usia 20-an itu ditahan kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral seperti berpeleseran bersama pasangan masing-masing dan melepak di tempat awam.

“Kita amat prihatin masalah sosial di kalangan masyarakat yang semakin meningkat, sebab itu operasi ini diadakan agar mereka disedarkan ke jalan hidup berlandaskan agama Islam terutama cara menyambut sesuatu perayaan (kemerdekaan negara) bukan untuk keseronokan semata-mata dan tanpa matlamat hidup,” katanya kepada Bernama di Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Masjid Al-Azim, Pandan Indah, Ampang untuk diberi kaunseling dan ceramah agama berkenaan pegangan agama yang betul seperti cara meraikan kemerdekaan negara mengikut acuan agama Islam.

Masridzi berkata kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila sesi kaunseling berakhir selepas solat Subuh.

Operasi yang membabitkan 90 anggota itu dijalankan di beberapa lokasi secara serentak termasuk di Bukit Langat, Taman Bukit Permai dan Taman Tasik Pandan bertujuan mencegah kegiatan maksiat dan gejala sosial.

— BERNAMA

Read full story

Wednesday, June 17, 2009

PAS Tiada Rundingan Dengan Umno Tanpa PKR, DAP

0 comments

PAS tidak akan menyertai sebarang rundingan mengenai kerajaan perpaduan dengan UMNO, jika Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak dijemput bersama, kata Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali. “Presiden UMNO Najib Razak bercakap tentang (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP. Jika beliau tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau,” kata Mustafa. Kenyataan PAS ini sekali lagi mencerminkan iltizam PAS untuk terus dengan Pakatan Rakyat, khususnya dalam berdepan dalam UMNO- Barisan Nasional dalam sebarang isu. Lebih menyakinkan kali ini ialah kenyataan itu dibuat oleh Datuk Mustafa, sekutu kuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang melontarkan idea bermuqabala dengan UMNO dan menimbang kemungkinan menubuhan kerajaan perpaduan.

Mustafa mengumumkan pendirian PAS itu pada sidang media khas bagi menjawab kenyataan Najib kononnya beliau percaya parti Islam itu ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Menurut Mustafa, sepanjang rekod PAS dalam politik, ia sentiasa menghormati perjanjian kerana ia merupakan salah satu dasar perjuangan parti tersebut. “PAS bersama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. (Jadi) PAS tidak akan mengkhianati kawan-kawan. PAS tak akan tinggal Pakatan Rakyat, tidak akan khianati rakan-rakan kita,” tegas Mustafa. Bagaimanapun, kata Mustafa, perbincangan berhubung isu-isu tertentu yang melibatkan kepentingan negara, diteruskan walaupun tidak disertai oleh PKR dan DAP.

Katanya, ini kerana setiap parti mempunyai pendirian masing-masing berhubung sesuatu isu yang timbul. Beliau memberi contoh berhubung cadangan membawa pulang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan isu Sekolah Agama Rakyat (SAR) “PKR dan DAP bersetuju (bawa Chin Peng pulang) tetapi PAS tak setuju. Isu Sekolah Agama Rakyat, takkan nak bincang dengan DAP dan PKR, maka bincanglah dengan PAS,” kata Mustafa. Beliau juga menjelaskan penglibatan PAS dalam perbincangan kerajaan dalam Majlis Pembangunan Ekonomi Negera pada tahun 1989-1990. “Ketika itu, pada zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Saya mewakili PAS bersama beberapa orang lagi. Kita berbincang, tidak bererti kita bersama dengan Umno,” katanya. (suara Keadilan)

Read full story

Kembali Disenaraihitam Kerana Seludup Manusia

0 comments

Amerika Syarikat telah memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara-negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu. Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika - Laporan Penyeludupan Manusia 2009 - yang menganalisa usaha di lebih 173 negara untuk memerangi buruh paksaan, pelacuran, perkhidmatan ketenteraan dan tujuan-tujuan lain, telah menyenarai-hitamkan Malaysia bersama 16 negara lagi. Antara 17 negara yang disenarai-hitamkan bersama Malaysia ialah Zimbabwe, Sudan dan Saudi Arabia.


Malaysia adalah satu daripada lima negara Asean yang disenaraihitam. Yang lainnya ialah Burma, Papua New Guinea, Fiji dan North Korea. "Malaysia menjadi destinasi, dan sekurang-kurangnya, satu sumber dan negara transit bagi penyeludupan wanita dan kanak-kanak untuk tujuan perdagangan seks, dan penyeludupan lelaki, wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan buruh paksa," kata laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika hari ini. Kedudukan Malaysia ditingkatkan ke "Tahap 2" senarai pemantauan pada 2008 selepas berada dalam "Tahap 3" dua tahun lalu. Negara ini telah disenaraihitamkan pada 2001 tetapi kedudukannya bertambah baik dan naik ke "Tahap 2" pada tahun berikutnya sehingga 2007. Pada tahun tersebut, kedudukan Malaysia jatuh ke "Tahap 3" tetapi pada tahun lalu, kata laporan tersebut "usaha-usaha besar telah diambil untuk memenuhi piawaian minimum dalam memerangi penyeludupan manusia" dan mengeluarkan Malaysia dari senaraihitam tersebut. Baca berita penuh

Read full story