Sunday, June 7, 2009

UMNO lah Penderhaka Bangsa Sebenarnya.


 ppsmi-PinggirBahasaMelayu Bekas menteri pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatan kabinet selepas kajian berhubung dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat pada era kepemimpinannya dipertikai oleh penggantinya.
"Tanya (menteri pelajaran) Muhyiddin Yassin, kenapa buat kajian lagi? Apa jadi dengan kajian Hishammuddin? Apakah wang rakyat akan dibazirkan lagi untuk kajian ini? "Apakah beliau tidak layak jadi menteri (pelajaran)? Saya cabar Hishammuddin letak jawatan daripada kabinet kerana tidak layak apabila kajiannya ditolak menteri lain," kata perwakilan PAS Rembau, Taufik Abdul Ghani. Beliau membentangkan usul menggesa kerajaan memansuhkan PPSMI di semua peringkat pada hari terakhir muktamar tahunan PAS ke-55 hari ini. Hishammudin, kini menteri dalam negeri, sewaktu di kementerian lamanya menganjurkan beberapa siri persidangan meja bulat bagi mendapatkan reaksi pelbagai pihak berhubung dasar yang dipertikaikan itu.   Bagaimanapun, selepas Muhyiddin mengambilalih portfolio tersebut, beliau dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian yang sedia ada. (MALAYSIAKINI)

0 comments:

Post a Comment