Sunday, June 7, 2009

Penggantungan Keahlian Ahmad Lebai Sudin ditarik balik


ALOR SETAR: Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dilepaskan daripada penggantungan keahlian oleh Majlis Tertinggi (MT) parti berkuatkuasa 29 Mei lalu. Ahmad berkata, beliau dimaklumkan mengenai penarikan balik penggantungan itu melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bertarikh 2 Jun lalu. Katanya, surat itu memaklumkan mengenai keputusan mesyuarat MT yang memutuskan untuk menerima rayuannya mengikut Fasal 20.6 Perlembagaan Umno. Ahmad didapati bersalah melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu iaitu kesalahan di bawah di bawah Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2. Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam sidang medianya di ibu pejabat Umno, Menara Dato' Onn (BHarian)

0 comments:

Post a Comment