Monday, June 8, 2009

Pembaziran LHDN


KOTA BHARU - Penerima cek bayaran balik daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disekat pembayarannya akibat masalah teknikal diharap tidak perlu bimbang kerana masalah itu akan diselesaikan segera.
Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, terdapat kira-kira 800 cek bayaran balik cukai disyaki mengalami kerosakan cetakan termasuk jumlah wang dan nama penerima yang tidak jelas. “Kejadian yang pertama kali berlaku ini melibatkan 10,000 keping cek dan kira-kira 800 rosak. Oleh itu orang ramai tidak perlu bimbang kerana cek baru akan dikeluarkan kepada penerima.
“Terdapat kes yang jumlah tertera pada cek kosong dan ada juga pembayar cukai yang memulangkan balik cek yang diterima kerana cetakan yang tertera tidak betul,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang pembuat pakaian lengkap Bumiputera, Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini semalam.
Menurutnya, penerima cek terbabit boleh memulangkan semula cek bermasalah itu yang bertarikh 27, 28 dan 29 Mei 2009 kepada LHDN dan jika tidak mahu kembalikannya juga tidak mengapa kerana cek baru akan diberikan.
Dalam kenyataan sebelum ini, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Najlah Ishak menjelaskan cek yang dikeluarkan bertarikh 1 dan 2 Jun 2009 juga bermasalah dan cek gantian akan dipos kepada pembayar cukai selewat-lewatnya pada 10 Jun 2009. (sinarharian)

0 comments:

Post a Comment