Wednesday, June 3, 2009

Parti Politik Organisasi Paling Korup di Malaysia


Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah. Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.

Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri. “Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.

“Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low. Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah. Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini. Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.

0 comments:

Post a Comment