Wednesday, June 17, 2009

MANTAP- Cadang BN Tidak Tanding Manek Urai


KUALA LUMPUR 16 Jun - Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap) mencadangkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

Presidennya, Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud berkata, pilihan raya kecil tersebut hanya akan membazirkan wang dan tenaga jentera BN selain tidak mampu mengubah landskap politik di negeri itu. "Jika BN memenangi DUN Manek Urai sekalipun, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan signifikan kepada penduduk Kelantan memandangkan penguasaan Pas di negeri itu masih kuat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Daripada segi komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi di DUN Manek Urai adalah orang Melayu, manakala Cina (0.46 peratus) dan India (0.23 peratus). Mohd. Saiful berkata, keputusan BN meletakkan calon untuk bertanding dalam DUN Manek Urai akan memberikan lebih banyak kesan negatif kepada penduduk tempatan termasuk dari segi keharmonian dan ketenteraman awam.

0 comments:

Post a Comment