Tuesday, June 23, 2009

Khairy Kepala Masuk Kampung


KUALA KRAI: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manek Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.
Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Zaidan Abdul Rahim, berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manek Urai dengan Umno. "Pelbagai program sarat diatur terutama untuk bertemu golongan muda seperti mengadakan program anak angkat, sukan persahabatan dan bengkel membaiki motosikal," katanya kepada Bernama selepas majlis bertemu penduduk di sini, malam tadi. Mohamad Zaidan berkata, selain itu jentera Pemuda itu juga akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah untuk bertemu penduduk bagi mendengar segala permasalahan mereka.

0 comments:

Post a Comment