Sunday, June 14, 2009

Khairi Amok Dengan TEKUN


KUALA LUMPUR 13 Jun – Apa sebenarnya yang berlaku kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun)? Kekeringan dana atau masalah pengurusan sehingga peminjam yang diluluskan permohonannya gagal menerima wang yang dipohon. Masalah itu bukan lagi kes terpencil, sebaliknya, menjadi igauan kepada pemohon di seluruh negara. Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, masalah tersebut telah merencatkan usaha untuk menjana ekonomi usahawan kecil dan sederhana.

Katanya, alasan peminjam liat membayar balik pinjaman tidak boleh dijadikan sebagai alasan lagi. “Saya menerima banyak aduan daripada orang ramai bahawa walaupun pinjaman telah diluluskan tetapi mereka tidak mendapat wang. Bahkan ada cek yang diluluskan tetapi tidak dapat ditunai.

“Ini bukan sekadar tuduhan atau kes terpencil kerana saya bertanya kepada semua bahagian dan mereka mengesahkan menghadapi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO di sini semalam.

0 comments:

Post a Comment