Sunday, June 7, 2009

Kemana Raja Katak Akan Melompat??


katak ali KOTA BHARU 6 Jun - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mengumumkan pendiriannya sama ada untuk menyertai mana-mana parti politik atau kekal bebas tidak lama lagi. Ia selaras dengan resolusi Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 dan Penegasan Perjuangan Bangsa yang sebulat suara berdiri teguh bersama Ibrahim yang dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu atas apa jua pendirian politik beliau asalkan untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

Resolusi tersebut diluluskan selepas 1,420 perwakilan Pusat Khidmat dan Membela Rakyat Parlimen Pasir Mas (PKMR) membuat undian untuk menentukan hala tuju politik Ibrahim pada konvensyen tersebut. Hasil undian yang dijalankan sebanyak 910 undi mahukan Ibrahim menentukan sendiri hala tujunya, 150 undi kekal Bebas, rujuk semula UMNO (240 undi), pohon masuk Pas (97 undi), cari gagasan baru (10 undi) manakala selebihnya rosak.

Konvensyen tersebut diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada penduduk Parlimen Pasir Mas dan merancang pembangunan di kawasan terbabit. Ia melibatkan wakil-wakil dari 46 peti undi.

(sumber: UTUSAN=PUTUSAN=ALASAN)

0 comments:

Post a Comment