Friday, June 26, 2009

Jangan Sanggup Gadaikan Maruah Kerana semata-mata idamkan Pembangunan


MANJOR, 26 Jun - Tidak sampai lagi seminggu penamaan calon, pelbagai lambakan pembangunan sudah dapat dilihat sepanjang kiri kanan jalan di Manek Urai. Pembangunan yang selama ini dijanjikan kerajaan BN seolah-olah hanya dilihat dapat dilihat apabila berlakunya piliharaya sahaja. "Janganlah semata-mata idamkan pembangunan yang dijanjikan BN, kita sanggup gadaikan maruah, negara dan agama hanya dengan nilai RM50," kata Nik Amar Nik Abdullah semasa dalam ucapannya di sini semalam.


Beliau menafikan bahawa PAS dengan Umno bukan bergaduh kerana batang tubuh parti, tetapi sebaliknya kerana dasar perjuangan yang berbeza. "Kita ajak sokong PAS kerana kita nak jalankan Islam, kerana setiap apa yang kita perjuangan akan dinilai oleh Allah," tambahnya pada hadirin yang rata-ratanya penduduk tempatan. Tidak menolak soal pembangunan sebagai perkara yang penting dalam memajukan sesebuah negeri, beliau menambah ianya juga bukan perkara utama yang perlu ditekankan.
"Soal pembangunan menjadi perkara yang kedua, perkara utama yang perlu ditekankan ialah soal agama," ujarnya menerangkan sambil mengingatkan janji-janji kosong pembangunan dari kerajaan BN. Nik Amar Nik dalam ucapannya menekankan persoalan kenapa perlu rakyat menyokong PAS, bukan kerana menolak atau tidak mementingkan pembangunan tetapi PAS lebih mementingkan soal agama. Turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan telah berjaya mengurus dan mentadbir negeri dengan baik, beliau menolak dakwaan BN yang sering mengatakan kononnya PAS tidak pandai mentadbir urus negeri.


"Sekitar bandar Kuala Krai tetap membangun dengan pesat, lebih-lebih lagi di pusat bandar Kota Bharu," ujarnya menyelar dakwaan beberapa pimpinan BN. Turut hadir dalam majlis tersebut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Adun Selising, Drs Saiful Bahrin Mohamed.

0 comments:

Post a Comment