Wednesday, May 27, 2009

Warga Emas Dan Insan Istimewa


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan 100,000 warga emas terpinggir, 95,000 darinya hidup bersendirian dan tidak dipedulikan yang mana 69 peratus darinya berada di luar bandar – kampung.

Ambo hairan kenapa malang menimpa kepada warga emas, kehairanan ini bertambah pelik kerana mereka yang malang itu dinamakan sebagai warga emas. Apabila namanya emas, apabila labelnya 0041emas, tidak ada orang yang tidak suka. Emas pula disimpan elok dan rapi serta tempat yang sesuai.

Namun, laporan akhbar itu, betapa menunjukkan ketidaksesuaian antara nama dengan nasib yang menimpa keatas warga emas.

Siapa yang memberi nama itu tidak diketahui. Yang pasti mereka itu terdiri dari kumpulan yang berkuasa melalui slogan dan nama.  Dari satu slogan atau satu nama kepada satu nama lain dibuat, tetapi tang tu jugak bahkan lebih buruk selepas dislogan dan namakan.

Misalnya hal pendatang haram. Sudah berapa nama diubah, dari pendatang asing, pendatang haram, pendatang tanpa izin dan sebagainya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang sistematik, akhirnya mereka yang tidak tentu status inilah sekarang ini kebanyakkanya berbuat jenayah. Hal lain, misalnya babi sudah berapa kali dibincang samada nak dinamakan babi atau khinzir.

Berbalik kepada warga emas, perkara yang sama juga menimpa kepada insan istimewa. Insan Istimewa di Malaysia ialah bukannya Syed Muzafar yang naik ke bulan atau anak Maidin kawan Naina Merican yang seberang selat inggeris. Tetapi insan istimewa di Malaysia orang cacat.

Nasib insan istimewa serupa dengan nasib warga emas. Mereka hanya betul-betul ‘menjadi’ warga emas dan insan istimewa ialah apabila mereka berada dalam majlis yang ada artis atau orang politik UMNO. Contohnya dalam majlis berbuka puasa artis bersama warga emas atau majlis penyerahan kerusi roda kepada insan istimewa oleh Presiden UMNO.

Selesai majlis, warga emas akan kembali menjadi warga orang tua terbiar dan insan istimewa yang susah serba serbinya.

Di atas itu ialah contok klasik yang tipikal berlaku ke atas manusia yang digelarkan sebagai warga emas dan insan istemewa.

Ambo lagi hairan, kerana boleh dikatakan sebahagian besar orang-orang bangsawan yang berpengaruh yang kini menjadi Menteri atau anak-anak menteri di Malaysia hari ini menghabiskan masa muda di Negara-negara maju.

Najib yang kini Perdana Menteri Malaysia separuh masa mudanya di England. Khairy Jamaluddin yang dikatakan sangat berpengaruh semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia, juga menghabiskan masa mudanya di England. Tetapi seolah-olah mereka tidak dapat lihat bagaimana orang-orang tua atau orang-orang cacat di England hidup dan dilayan.

Kalau orang Negara maju naik ke stesen angkasa lepas kita nampak dan patut ditiru semata-mata atas slogan Malaysia boleh. Kenapa layanan semua pihak ke atas warga tua dan orang-orang cacat di Negara maju tidak juga ditiru?.

Berkaitan dengan ini, antara ciri-ciri Negara Maju/ Negeri Maju ialah mereka mempunyai sistem yang kemas serta bertanggungjawab menjaga warga tua dan orang-orang cacat. Sebaliknya bukan memberi nama atau panggilan yang sedap-sedap.

Tetapi apa-apa kemudahan yang dibuat, mesti mengambil kira kemudahan asas kepada orang-orang cacat atau warga tua. Jika tidak dimasukkan elemen itu, kemudahan yang dibuat tidak diiktiraf sebagai kemudahan dan tidak mendapat kelulusan. Kerana sistem itu sendiri mengambil kira hal keperluan warga tua atau orang yang cacat.ayu_family

Bahkan, European Organization for Nuclear Research (CERN) yang mempunyai projek sains tercanggih yang berbelanja berbillion Euros itupun mempunyai semua kemudahan untuk warga tua dan orang-orang cacat. Kalau kita fikir, bila masa mereka ke CERN. Tetapi oleh kerana sistem yang mengambil kira faktor tersebut, maka ia tetap dilakukan.

Bilamana sistem yang dibuat mengambil kira warga tua dan orang-orang cacat, barulah mereka benar-benar menjadi warga emas dan insan istimewa. Misalnya petak letak kereta dibina berhampiran dengan pintu-pintu masuk bangunan, kenderaan dibina sesuai dengan mereka, misalnya bas yang boleh naik-turun memberi kemudahan kerana warga emas dan insan istimewa dengan kerusi roda mereka.

Mungkin contoh ini terlalu maju, berbanding dengan kita di Malaysia. Tetapi langkah ke arah itu mesti sesuai yang perlu dilakukan di Malaysia. Bukanya asyik memberi gelaran warga emas atau insan istimewa saja, padahal mereka tidak pernah merasa sebagai emas atau istimewa.

Yang berlaku cuma mereka menjadi bahan ‘makanan’ pihak yang ingin menonjolkan diri yang kononnya melakukan kebaikan samada bertujuan mempopularkan diri di arena artisan atau politik. 

Apa yang perlu adalah sistem yang betul dan mampu bertahan supaya warga tua dapat merasai mereka benar-benar warga emas dan orang-orang cacat pula merasai mereka insan istimewa.

Inilah mungkin antara tips untuk Najib fikir dan lakukan kalau dia tidak mahu dikenali sebagai anak bangsawan yang tidak kenal masalah orang-orang dalam kepayahan.

muramatsu

United Kingdom

(sumber Tranungkite.net)

0 comments:

Post a Comment